Wednesday, November 19, 2008


Bagi anda yang mempunyai tabiat mengantuk apabila membaca, menaip dan sebagainya, saya ingin berkongsi petua dengan anda semua tentang cara untuk mengatasinya. Saya teringat petua dari seorang kawan saya untuk menghilangkan mengantuk ialah dengan menggunakan daun sirih sahaja. Cara-caranya tidak susah dan hanya menggunakan daun siri dan air suam sahaja. Kita hanya perlu mengambil beberapa helai daun sirih sahaja, dan daun sirih tersebut hendaklah daun yang muda dan segar. Kemudian daun tersebut dicuci terlebih dahulu dan diramas sebelum dimasukkan kedalam air suam. Selepas itu air tersebut mestilah ditapis terlebih dahulu. Rendamkan mata di dalam air tersebut dan kerdipkan mata berulang kali. Anda akan rasa perubahannya selepas itu. Selamat mencuba.

Tuesday, November 18, 2008



Maha agung kekuasaan Allah S.W.T. Dia yang berkuasa untuk menunjukkan tanda-tanda kebesarannya. Lihatlah pada gambar diatas, kalimah Allah pada awan menunjukkan betapa besarnya kekuasaanNya. Kita seharusnya sedar betapa kecilnya kita di sisiNya. Gambar ini saya ambil dari sebuah laman web dimana terdapat banyak lagi gambar-gambar yang menunjukkan kekuasaan Allah. Begitulah juga kehidupan kita seharian dimana Dia akan menguji kita dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Setiap ujiannya pasti ada hikmahnya, renungkanlah.

Wau merupakan permainan tradisi masyarakat Kelantan. Terdapat pelbagai jenis wau, antaranya ialah wau bulan, wau kucing, wau daun, wau puyuh dan sebagainya. Kemahiran membuat wau biasanya dimiliki oleh individu tertentu sahaja. walau bagaimanapun, kita boleh mempelajarinya. Proses membuat wau biasanya memakan masa yang agak lama iaitu paling cepat seminggu. Terdapat petua dan pantang larang tertentu yang harus diikut oleh pembuat wau bagi menjamin mutu wau yang dihasilkan. Antaranya ialah rumpun buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang, bukan di dalam semak atau dusun, pilih buluh yang kelihatan kering, seelok-eloknya di tengah rumpun, buluh yang condong ke arah matahari naik adalah lebih baik kerana mempunyai semangat yang kuat menurut kepercayaan orang tua-tua, jika menebang buluh pada waktu pagi, pastikan penebang menindih bayangnya.
Selain itu, adalah digalakkan juga sebelum menebang buluh, penebang membaca doa dan selawat terlebih dahulu dan adalah lebih baik buluh yang sudah ditebang dipotong di situ juga. Petua orang tua-tua di Kelantan pula semasa membawa balik buluh yang sudah ditebang, akan meninggalkan pesan kepada Sang Bubuk iaitu, “Wahai Sang Bubuk, hak aku tinggal ini adalah hak mu, hak aku wat kelik ni ialah hak aku, mu tok sah ikut akulah, mu make hok sini”.

Wednesday, November 5, 2008


Gambar ini merupakan gambar pokok sirih air. Daunnya kelihatan seperti daun sirih tetapi saiznya agak kecil sedikit. Pokok ini biasanya tumbuh meliar dan mudah di dapati di kawasan bertanah lembab dan berair. Biasanya ia tumbuh barhampiran longkang dan tepi-tepi dinding simen.
Agak kurang individu yang tahu akan khasiat poko ini. Ia boleh digunakan untuk mengubat penyakit gaut, kencing tak lawas dan juga buasir.
Selain itu ia boleh dijadikan sebagai ulam kerana keseluruhan pokok boleh dimakan dan tidak pahit. Bagi mengubati penyakit, caranya ialah dengan merebus pokok ini dan minum airnya. Bagi mereka yang ingin mencubanya, bolehlah dijadikan ubat dan lihat kesannya. Selamat mencuba.

Friday, October 24, 2008










Insan Istimewa

Dalam kesunyian malam

Hembusan bayu dingin

Membisikkan sesuatu ke telingaku

Mengajakku mengenang

Satu titik kenangan

Dua insan gagah

Yang tidak lekang mencurahkan

Selaut pengobanan

Usianya semakin senja

Rambut yang memutih

Urat tangan kasar

Langsung tidak melukiskan semangatnya

Yang sentiasa muda perkasa

Bisa semangatmu

Menyuntik kekuatan

Sebagai taruhan

Kepada anak-anakmu

Supaya dirimu

Melakar senyuman puas

Ibu dan ayah.



Skizofrenia merupakan penyakit otak yang serius. Pesakit akan mengalami psikosis iaitu salah satu simptom skizofrenia. Pesakit yang mengalami psikosis akan mengalami delusi atau halusinasi. Delusi atau halusinasi ialah penyakit otak di mana pesakit akan mengalami sesuatu yang tidak normal dari biasa contohnya seperti bercakap sendirian, berlari-lari mengejar sesuatu dan mendengar sesuatu. Walaupun kita menegahnya, mereka tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh orang yang normal kerana mereka mengalami semua benda ini dan merasakannya benar sama sekali. Di sini saya ingin menasihatkan saudara semua supaya tidak terlalu tertekan dengan masalah yang saudara hadapi kerana boleh menyebabkan saudara sekalian menjadi salah seorang mangsa skizofrenia..:)