Friday, October 24, 2008










Insan Istimewa

Dalam kesunyian malam

Hembusan bayu dingin

Membisikkan sesuatu ke telingaku

Mengajakku mengenang

Satu titik kenangan

Dua insan gagah

Yang tidak lekang mencurahkan

Selaut pengobanan

Usianya semakin senja

Rambut yang memutih

Urat tangan kasar

Langsung tidak melukiskan semangatnya

Yang sentiasa muda perkasa

Bisa semangatmu

Menyuntik kekuatan

Sebagai taruhan

Kepada anak-anakmu

Supaya dirimu

Melakar senyuman puas

Ibu dan ayah.



Skizofrenia merupakan penyakit otak yang serius. Pesakit akan mengalami psikosis iaitu salah satu simptom skizofrenia. Pesakit yang mengalami psikosis akan mengalami delusi atau halusinasi. Delusi atau halusinasi ialah penyakit otak di mana pesakit akan mengalami sesuatu yang tidak normal dari biasa contohnya seperti bercakap sendirian, berlari-lari mengejar sesuatu dan mendengar sesuatu. Walaupun kita menegahnya, mereka tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh orang yang normal kerana mereka mengalami semua benda ini dan merasakannya benar sama sekali. Di sini saya ingin menasihatkan saudara semua supaya tidak terlalu tertekan dengan masalah yang saudara hadapi kerana boleh menyebabkan saudara sekalian menjadi salah seorang mangsa skizofrenia..:)

Friday, October 10, 2008

Pemandangan ini merupakan gambar yang saya ambil semasa bermalam di Sungai Gabai semasa mengikuti Konvoi Berbasikal Sambutan Hari Kemerdekaan dua bulan lepas. Apa yang menarik semasa berada di sana ialah pada waktu pagi, udaranya sangat nyaman dan menyegarkan dapat menghilangkan tekanan yang selama ini terbuku di dalam fikiran saya. Jika berpeluang, saudara semua boleh meluangkan masa untuk kesana bagi menikmatinya sendiri.

Memancing udang adalah hobi kegemaran saya. Inilah hasil saya memancing semasa cuti hari raya baru-baru ini. Bagi saya memancing bukan saja hobi kegemaran, tetapi juga dapat menjauhkan diri saya dari fikiran yang bercelaru dengan pelajaran. Ia juga mengembalikan ingatan saya yang rindu akan masa kecil-kecil dahulu yang selalu memancing di sungai berhampiran rumah bersama-sama kawan-kawan. Peluang untuk memancing semasa di kampung tidak akan saya lepaskan kerana ia bukan saja hobi, tetapi sesuatu yang bermakna bagi saya.

Balik kampung dengan kenderaan sendiri beramai-ramai sememangnya mengembirakan. Walaupun perjalanannya sangat jauh dan memenatkan, ia berbaloi apabila sampai ke destinasi yang ditujui. Memang tidak sabar untuk berjumpa dengan ayah dan bonda serta keluarga dan rakan-rakan yang selama ini bermain dimata. Pengalaman sebegini akan menjadi satu kenangan yang bermakna bagi diri saya.